background img

The New Stuff

Aeril Zafril mohon MIG pulangkan Dokumen dalam KEreta yang Di 'Ambil''



Menerusi Rotikaya, kami dapat mendengar satu rakaman audio perbualan telefon yang dipercayai antara wakil syarikat MIG dan pengurus Aeril Zafril, Shahriman Wahab yang antara lain meminta supaya pihak Wawa Zainal menarik balik laporan kehilangan kereta tersebut.

Sekitar Julai 2014 lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan satu status tulisan Wawa Zainal melalui akaun Twitter mengatakan kereta Suzuki Swift milik beliau telah dicuri dan dilarikan oleh pihak yang didakwa rapat dengan dirinya sebelum ini.
Ramai yang mula berspekulasi ketika itu yang kereta tersebut disembunyikan oleh pengurusan lama Wawa Zainal & Aeril Zafrel iaitu MIG namun David Teo sendiri tampil menafikan yang mereka ada kena mengena dengan isu kehilangan kereta tersebut.

Wakil MIG membuat permintaan tersebut selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membekukan permohonan untuk memperbaharui cukai jalan ekoran ada laporan polis tentang kehilangan kenderaan tersebut dan mengakui ianya ada dalam jagaan pihak MIG.
Apa yang kami faham dari rakaman perbualan tersebut, kereta Suzuki Swift itu dibeli atas nama MIG atas sebab umur juga kelayakan namun pengurus Aeril Zafrel dedahkan wang pendahuluan kereta itu dibayar oleh Wawa Zainal selain duit pelakon itu terus dipotong sehingga kini.
Menerusi akaun instagram: Aeril Zafrel memuat naik satu status meminta jasa baik David Teo dan pihak MIG untuk memulangkan semua dokumen dan pakaian dalam kenderaan tersebut.

Apapun, semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

3 comments: Leave Your Comments